Monday, May 2, 2011

Arsenal We're On Your Side



Arsenal, we're on your side 
Our love we can not hide 
Our hearts are open wide 
To cheer you along the way 
We will be standing by 
We know how hard you try 
Whether you win or lose 
It's you that we choose 
So special when youse around 

Now you have found 
Supporters who will never let you down 
We will be there, 
to cheer you on, 
by singing this song, 
Here is the sooong... 

Arsenal, we're on your side 
Our love we can not hide 
Our hearts are open wide 
For nobody else but you 

Whether at home or away
We love to see you play
We'll be there on the day
The day they present, 

The honour thats meant? for you

Arsenal, we're on your side 
Our love we can not hide 
Our hearts are open wide 
For nobody else but you

Arsenal, we're on your side 
Our love we can not hide 
Our hearts are open wide 
For nobody else but you

Monday, March 21, 2011

Selamat Malam Sahabat-Sahabat Ku.

Jangan pernah berdendam,
Maafkan insan sekelilingmu,
Pejamkan matamu,
Tidur dengan tenang,
Agar esok pagi bangun dengan Rahmat Allah,
Mekar menyuburkan hatimu.



21 March 2011,
12:30 AM
Kuantan.

Thursday, March 17, 2011

Aku Pergi, Aku Datang

Pergi,
Jika  takdirNya,
Biarkan aku memilih jalanNya


Datang,
Jika kepada tuhan Maha Pencipta,
Biar hatiku sebersih hati Ibrahim a.s

Bangi,
17 Mac 2011,
7:22 AM.

Tuesday, March 15, 2011

Tahniah!! Seorang lagi

Bismillah...
Alhamdulillah...



Abdul Salaam al-Hassani sedang menemani aku ketika ini dengan lagunya 'Siedna Nabi' dan juga selawat-selawat yang lain.

Tenang

Tahniah buat sahabatku, Mohammad Hidir Baharudin. Mungkin agak lewat ucapan ini begitu juga dengan entri ini, tapi aku percaya Hidir dan isterinya sedang berbahagia sekarang.

Seorang demi seorang sahabat-sahabatku di DQ mendirikan rumah tangga. 1st Abqari, 2nd Kunji and terbaru adalah Hidir. 

Malam selepas kenduri di rumah Hidir, Bad mesej aku ini yang ditulisnya:

"Hidir kata dulu dia soh aku ngan ko doa dia kawen umo 23 time g Mekah dlu. Doa makbul."

Aku terduduk dan tersenyum. Ya, memang pada tahun 2007 aku pergi menunaikan Umrah bersendirian. Tiada ahli keluarga yang menemaniku. Sendirian. Hanya jemaah-jemaah lain sahaja yang ada. 

Sebelum berangkat, ramai juga yang mengirim barang dan juga doa. Hidir juga begitu. Dipesankannya kepada aku dan Bad. Alhamdulillah, sempat ditunaikan. Doa kami, Hidir kahwen umor 23. Seperti yang dihajatinya.

Sibuk mendoakan rakan-rakan, aku pulak lupa doa untuk diri sendiri. Aku pun lupa aku doa kahwen umur berapa. 23 atau 32?! haha....

Tuesday, March 8, 2011

Membaca Budaya Kita (Edisi Gila-Gila)

Bismillah...
Khuda Kay Liye...


Demi menyahut hasrat kerajaan 1 Malaysia yang ingin melahirkan warga yang berpengetahuan dan gemarkan membaca. Aku, Syafiq, Amir, Sufi, Khaliq dan Tok Din telah pergi ke MPH Mid Valley dan juga ke Perpustakaan Negara. Di saat ramai anak-anak muda di luar sana memilih untuk berfoya-foya menghabiskan masa bersama couple dan juga rakan-rakan mereka, berpeleseran di pusat-pusat membeli belah utama di Kuala Lumpur, kami santai memilih untuk melestarikan hasrat kerajaan 1 Malaysia iaitu "Budaya Membaca".

sesi mencari bahan rujukan untuk thesis


Pengantin Berjilbab

Rahsia Kesihatan Ibu Hamil

Syafiq teruja dengan buku Petua Mak Dara



Itu kisah di MPH Mid Valley. Yang ni pula di Perpustakaan Negara. Ternampak satu buku di bahagian rak agama. Dibelek-belek, macam pernah dengar nama penulis buku berkenaan,  Fadhilah Yama. Bukan lecturer KUIS ke?!

Inilah buku yang aku katakan tadi

Fadhilah Yama. Sekarang dah Doktor (PhD)


Rupa-rupanya buku ini adalah hasil thesis Master. Awesome!!

Memang seronok membaca. Tapi satu jer yang aku tak boleh tahan apabila berada di perpustakaan. Mana-mana perpustakaanlah. Inilah yang selalunya terjadi apabila suasana senyap, tenang dan aman di perpustakaan...

Tido la jawapnye...haha~

Akhir kata. Jadikan membaca budaya kita. Suer!! (Swear)

Allah Hafiz!!

Friday, March 4, 2011

Tunggu apa lagi?!

Bismillah...

Sabda Rasulullah s.a.w :

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ
"O youthful people, if any of you have the means to, he should get married, as it lowers the eyesight and protects the private parts. Those who have not the ability to do so should fast, as it will be a shield for him."
(al-Bukhari & Muslim) 
 
Sabda baginda s.a.w lagi:
 
 إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
"If one whose religion and character pleases you proposes to you, you should marry him. If you do not do so, there will be tribulations in the land and great evil."
(al-Tirmidzi with Hasan chain) 
 
 
 
 Tunggu apa lagi?!

Tunggu apa lagi?!
Pergi la kahwin.
 
Tunggu apa lagi?!
Sahut seruan Nabi.

Tunggu apa lagi?!
Dari asyik menangguh.
 
Tunggu apa lagi?!
Dari asyik terus menanggung dosa berdua.
 
Tunggu apa lagi?! 
Dari asyik buang masa berbual di telefon saban hari.
 
Tunggu apa lagi?!
Dari asyik membazir wang top-up puluhan ringgit saban minggu.
 
Tunggu apa lagi?!
Dari asyik menabur janji manis yang satupun belum tentu tertunai nanti.
 
Tunggu apa lagi?!
Dari asyik menanggung rindu yang tidak berpahala.
 
Tunggu apa lagi?! 
Dari asyik memendam berahi bersalut maksiat.
 
Tunggu apa lagi?!
Engkau telah memilihnya.

Tunggu apa lagi?!
Dia telah reda akan dikau.

Tunggu apa lagi?!
Ingin sehingga rasa cinta itu pudar?

Tunggu apa lagi?!
Mahu sehingga semuanya sudah terlambat?

Tunggu apa lagi?! 
Sedang ada jodoh....
 
 


 

Friday, February 25, 2011

Kesempurnaan Rasulullah s.a.w: Pakaian Rasulullah s.a.w

Bismillah...

Entri kali ini aku petik dari karya ulung Imam At-Tirmidzi iaitu  الشمائل المحمدية  (Kesempurnaan Rasulullah s.a.w). Hadis-hadis yang akan aku bawakan di dalam entri ini, aku ambil secara langsung dari kitab Shamail Muhammadiah yang telah ditahqiqkan oleh Sheikh Nasiruddin al-Albani. Terdapat beberapa lagi kitab yang aku gunakan sebagai rujukan tambahan dalam menyiapkan entri kali ini. Tidaklah semua hadis yang berkenaan dengan pakaian Rasulullah s.a.w akan aku bawakan di dalam entri kali ini, tetapi hanyalah sebahagian darinya sahaja.


Imam Al-Tirmizi
Nama penuh  beliau adalah Muhammad ibn Isa ibn Saurah ibn Musa ibn al-Dhahhak al-Tirmizi. Dilahirkan pada tahun 209H dan memulakan perjalanan ilmu hadisnya sekitar tahun 235H dan pulang ke kampung halaman beliau, Khurasan pada sekitar 250H. Kebanyakan karya-karya beliau ditulis selepas tarikh ini. Beliau meninggal pada tahun 279H ketika berumur 70 tahun.

Antara karya-karya agung beliau adalah:

1. Sunan Tirmizi
2. Tawarikh
3. al-'Ilal
4. al-'Ilal al-Kabir
5. Shamail
6. Asma' as-Sahabah
7. Al-Asma' wal Kuna
8. Al-Athar al-Mawqufah

 
الشمائل المحمدية  (Kesempurnaan Rasulullah s.a.w)
Kitab ini berkisar kepada hadis-hadis yang membicarakan tentang peribadi dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.

Telah berkata Ali al-Qari:
"Di antara kitab terbaik yang pernah ditulis tentang peribadi dan budi pekerti Rasulullah s.a.w ialah kitab Imam al-Tirmizi ini, yang disusunnya secara ringkas tetapi padat sehingga orang yang membaca kitab ini, bab demi bab, seakan-akan ianya berhadapan dengan Rasulullah s.a.w serta melihat keindahan peribadinya."


Pakaian Rasulullah s.a.w

Hadis 1:

Maksudnya:
Dari Ummu Salamah r.a berkata: "Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w ialah jubah."

Hadis ini adalah Sahih. Imam Tirmizi berkata hadis ini adalah Hasan Gharib.
Dikeluarkan juga oleh Abu Daud di dalam Sunannya, Kitab al-Libas, no: 4025
 
 
Hadis 2:
Maksudnya:
Dari Samurah ibn Jundub r.a berkata: "Pakailah pakaian putih, kerana ia lebih suci dan lebih baik. Kafankanlah dengannya orang yang telah meninggal dunia di kalangan kalian."
 
Hadis ini adalah Sahih. Imam Tirmizi berkata hadis ini adalah Hasan Sahih.
Dikeluarkan juga oleh Nasa'i , Ibn Majah dan al-Tayalusi.

 
Hadis 3:
Maksudnya:
Dari Mughirah ibn Syu'bah r.a berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w (pernah) memakai jubah ala Rumawi yang sempit kedua lengannya."

Hadis ini adalah Sahih. Imam Tirmizi berkata hadis ini adalah Hasan Sahih.
 

Bibliografi:

1. الشمائل المحمدية للإمام أبي عيسى محمد بن سورة الترمذي صاحب السنن. 1985. اختصرو وحققه محمد ناصر الدين الألباني. 
المكتبة الإسلامية-الأردن

2. Kesempurnaan Rasulullah s.a.w. 2010. Ringkasan oleh Abdul Majid al-Syarnubi al-Azhari dan dierjemahkan oleh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Cetakan Ke-3. SOFA Production (Yayasan SOFA).

3. M.Mustafa al-A'zami. 2002. Studies in Hadith Methodology and Literature. Islamic Book Trust: Kuala Lumpur.


Aku, Rakan-rakan dan DQ...

Banin IQ-Raq 2006/2007
Majlis Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Turki
Majlis Khatam Hafazan Al-Quran, Darul Quran 2007

Sememangnya kami suka memakai jubah. Boleh katakan seorang mesti ada lebih dari 2 helai jubah. Pergi ke mana-mana pun berjubah (mostly waktu solat). Dalam banyak-banyak jubah yang aku ada, yang warna hitam nilah yang paling aku sayang. Ia mengingatkan aku akan rakan-rakan di Darul Quran. Meskipun aku tidak berada di UIA seperti kebanyakan mereka, tetapi bila aku memakai jubah hitam, aku berasa dekat dengan mereka. 

Berjubah itu antara sunnah berpakaian cara Rasulullah s.a.w. Kita mengaku cintakan Rasulullah s.a.w, namun dalam sesetengah bab kita belum mula untuk mencontohi baginda. Tidak rugi menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di saat umat Islam sekarang ini sedang berjauhan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.